Wednesday, December 14, 2011

Revise Client punya takaful--KES2

Ini adalah kes lain yg saya revise policy client saya..
saya bandingkan dari segi perlindungan yang sama (apple to apple)

Perlindungan bersama Takaful I


Perlindungan bersama MAA Takaful


Dari pengamatan saya terlalu byk beza caruman tahunannya,jika perbezaan caruman tahunan tadi dijadikan simpanan tidakkah ia akan menjadi lebih banyak.

Tidak hairan la dengan bukti2 yang ada ini, boleh memberikan kemenangan 3 tahun berturut2 MAA Takaful sebagai "Most Outstanding Product for MAA Takafulink".

Thursday, December 8, 2011

Revise Client punya takaful--KES1

Beberapa minggu lepas saya ada berjumpa dgn beberapa client yg sudah ada perlindungan takaful.
Alhamdulillah ramai juga dikalangan remaja sekarang yg sudah ada perlindungan.Tapi sayang apa yg dilindunginya tidak diketahui oleh diri sendiri..so mengambil kesempatan yg ada saya cuba tolong revisekan apa yg terkandung dlm polisi client saya..
sila lihat gambar ini



Dari polisi yg ada saya terangkan kepada client saya bahawa anda dilindungi seperti itu ini bla bla...so client saya baru paham.."oh ye ke macam tu"..dan saya pun menjawab "begitu la saudara.."Kemudian saya pun start la buat perbandingan dengan MAA takaful punya..

Dibawah ini pula apa yg MAA Takaful riders punya contribution setahun...


Jadi kesimpulan yg boleh saya buat disini adalah seperti berikut;




Setelah memberi sedikit penerangan itu dan ini..client saya terus cakap..
"OK Encik saya berminat dgn MAA Takaful dan ingin surrender policy yg saya ada. "
Saya pun terus keluarkan borang utk ditandatangani oleh beliau..

Utk pengetahuan semua kes ini telah APPROVED dengan bayaran bulanan yg sama..coverage yg sama
Suminsurednya saya naikkan kepada RM200000.

Ini gambar policy MAA yg telah approved

Monday, December 5, 2011

Adakah Anda berpuas hati dengan perlindungan yang anda miliki sekarang?

Pernahkan anda bandingkan policy takaful yang anda miliki sekarang dgn MAA takaful?



Seandainya anda ingin mengetahuinya sila hubungi kami..kami tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan anda.

PROTECT NOW !!! Perunding Takaful KamiNajib ( T50133P ) : 0162085201 ( najib.maatakaful@gmail.com )Helmi ( T50132X ) : 0192721772 ( helmi.maatakaful@gmail.com)

Monday, March 7, 2011

Perbandingan Antara Fund Takaful

Tuesday, February 8, 2011

Simpanan Untuk Menunaikan Haji / Umrah




PROTECT NOW !!!
Perunding Takaful Kami
Najib : 0162085201
( toman79@yahoo.com)
Helmi : 0192721772
( helmi.maatakaful@gmail.com)

Tuesday, February 1, 2011

Takafulink Hajj







Bagaimana anda fikir mengenai keratan-keratan akhbar di atas itu.?Bagaimana pula dengan soalan-soalan dibawah ini...?Adakah anda mempunyai persoalan dibawah ini ..?

Adakah anda teringin menunaikan Ibadat Haji/Umrah ?

Adakah anda risau dengan peningkatan kos menunaikan Haji ?

Adakah anda ingin menunaikan Haji dengan orang tersayang ?

Adakah anda dapat menabung jika sakit ?

Adakah anda mendapat pampasan jika berlaku kemalangan ketika Haji ?

Jika anda mempunyai persoalan-persoalan diatas , dibawah ini adalah JAWAPANnya.

Maa Takaful telah melancarkan satu pelan takaful yang amat-amat menarik dan berbaloi kepada sesiapa yang mempunyai keinginan ataupun niat untuk menunaikan Rukun Islam Ke- 5 iaitu Ibadat Haji.

Disini, kami ingin berkongsi dengan pihak anda semua mengenai suatu pelan simpanan alternatif yang disediakan oleh pihak MAA Takaful bagi sesiapa yang ingin menunaikan Ibadat Haji/Umrah di Mekah.

Kelebihan yang ada Pelan Simpanan Alternatif ini ( Takaful Hajj ) iaitu :
1 - Simpanan tuan akan MENJADI PERCUMA & di bayar oleh MAA Takaful jika berlaku Penyakit Kritikal kepada tuan.

- Apabila pihak kesihatan bertauliah mengesahkan pencarum menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal, Pihak Maa Takaful akan mengambilalih simpanan bulanan pencarum sehingga pencarum meninggal dunia atau pun berumur 80 tahun, yang mana lebih dahulu.
2 - Jika berlaku KEMATIAN AWAL / HILANG UPAYA KEKAL sebelum simpanan ke Tanah Suci mencukupi – UPAH HAJI RM5,000 akan dibuat kepada pencarum TAKAFUL HAJJ.
3 - PERLINDUNGAN DI MEKAH, pencarum akan dibayar sehingga RM50,000 jika berlaku KEMATIAN / KECEDERAAN semasa menunaikan UMRAH / HAJJ.
4 - KHAIRAT KEMATIAN sebanyak RM2,000 dibayar dalam masa 24 jam kematian (untuk urusan pengkebumian)
5 - Simpanan peserta diuruskan secara professional oleh CIMB Syariah (Pulangan lebih tinggi)
6 - Simpanan boleh di HIBBAH / WASI kepada orang tersayang (borang di sediakan selepas simpanan di buat)
7 - Pulangan yang tinggi (antara 7% - 10% setiap tahun)
8 - Simpanan secara DISIPLIN & BERTERUSAN – memastikan niat suci ke Tanah Suci tercapai !

Bagaimana..? Tidakkah ia amat menarik dan sangat berbaloi kepada kita yang bercita-cita ingin menunaikan Ibadat Haji....

Mari kita sama-sama lihat perbandingan menabung di Tabung Haji berbanding menabung dengan Pelan Takafulink Hajj.


Bagaimana ..? Anda lebih mengetahui yang mana yang mana tidak bagus untuk diri anda.Bagi kami ,dimana sahaja anda menabung adalah terbaik kecuali anda menabung di tempat haram , skim cepat kaya sahaja.


Jadi ,jika anda tertarik,jangan segan silu bertanya kepada kami untuk perjelasan lebih lanjut.

PROTECT NOW !!!

Perunding Takaful Kami
Najib ( T50133P ) : 0162085201
( najib.maatakaful@gmail.com )
Helmi ( T50132X ) : 0192721772
( helmi.maatakaful@gmail.com)



Jadual Simpanan Di Takaful Hajj

Sunday, January 23, 2011

Sebut Harga & Pertanyaan




Subject: *
Nama *
Jantina *Lelaki
Wanita
Tarikh Lahir *
Status *Berkahwin
Bujang
E-mail Address: *
Pekerjaan *
No.Telefon
Merokok ? *Ya
Tidak
Jika Menghidap Penyakit ,Nyatakan *
Jenis Pelan Yang BerminatSmart Medic 100
Takaful Education
Takaful Income Protection
Takaful Wanita
Takaful Hajj
Cancer Care
Patina 77
Takaful Rumah ( MLTA / MLTT )
Bajet Premium Bulanan
Pertanyaan

* RequiredCreate Email Forms

Tuesday, January 11, 2011

Untungkah memilih MRTA sebagai Insuran Rumah...???

Saya percaya ramai dikalangan pembeli rumah tidak berapa tahu mengenai Mortgage Reduced Term Assurance(MRTA) ataupun Mortgage life term takaful(MLTT).

Sejak zaman berubah kepada zaman IT ramai antara kita yg menulis blog,atau berbincang di alam cyber(forum) mengenai MLTT@MRTA ini ,secara tidak langsung perbincangan dan hasil nukilan ini dapat menjadikan panduan kepada sesiapa yg ingin memulakan kehidupan dengan membeli rumah sendiri.

Jadi, disini kami ingin berkongsi dengan anda semua serba sedikit mengenai " MRTA ".

Apakah itu MRTA ataupun MORTGAGE REDUCING TERM ASSURANCE ?

MRTA ni adalah polisi insuran yg dikenakan kepada pembeli mengikut kadar pinjaman yg dipinjamkan. Kebiasaanya ada 2 cara untuk membayar MRTA ini ;
1) Kita juga boleh membayar MRTA itu secara lumpsum dengan menggunakkan wang kita.

2) Nilai MRTA akan dimasukkan sekali di dalam nilai pinjaman rumah kita.

Jika kita membayar secara tunai,mungkin nilai itu akan nampak kecil TETAPI adakah kita sanggup mengeluarkan sejumlah wang secara tunai untuk membayarnya.Saya yakin kita tidak akan sanggup membayarnya secara TUNAI.

Jadi , kita akan memilih cara (2) kerana kita tidak mahu mengeluarkan wang kita secara tunai dan juga tidak mahu menyusahkan kepala otak kita, tak begitu .?

Walaupun nilai MRTA itu adalah sebenarnya kecil berbanding dengan nilai pinjaman rumah kita ,akan tetapi bila jumlah nilai itu dikira bersertakan dengan INTEREST/BUNGA sepanjang tempoh pinjaman,secara tidak langsung Nilai MRTA itu akan menjadi berkali ganda.

Tambahan pula ,jumlah perlindungan pula akan berkurangan mengikut jumlah baki pinjaman .

Disini ,kami sertakan contoh pengiraan bagi pemahaman anda semua.

Nilai Pinjaman = RM200K
Umur Peminjam = 30thn
Tempoh Pinjaman = 30thn
Jumlah MRTA = RM6,188

Anggapkan :
Nilai BLR rate pada tahun itu = 6.3%
Bank 'offer' interest rate = BLR-1.8%
Jadi ,
Nilai Interest Rate untuk pinjaman itu = 4.5%

Pengiraan bagi Interest MRTA untuk 1 tahun:
RM6,188 x 4.5% = RM287.45

Oleh kerana tempoh pinjaman adalah 30 Tahun , Jadi Nilai Interest yang perlu dibayar;
RM287.45 x 30 = RM8623.50

Oleh kerana itu , kita terpaksa membayar RM14811.50 ( RM6,188 + RM8623.50 )

P/S : Nilai bayaran MRTA diatas adalah berdasarkan anggaran kasar.Nilainya mungkin berubah mengikut nilai BLR semasa.Dari saya ada baca,ada spekulasi kemungkinan
BLR akan naik,jadi faham-fahamlah berapa nilai MRTA yang sebenarnya kita bayar yang langsung tiada kelebihan kepada kita.

Selain itu , MRTA ini hanya semata-mata untuk kepentingan Bank sahaja.MRTA diwajibkan oleh Bank kerana ,jika berlaku kematian atau cacat seumur hidup Bank hanya mahu duit mereka balik tanpa memikirkan diri kita ini.

Kalau kita ada penyakit kritikal yang memungkinkan kita diberhenti kerja ataupun kita tidak dapat bekerja.seingat-ingat saya, MRTA TIDAK cover bagi penyakit kritikal...Camna itu..Camna itu..so sama-samalah kita fikirkan ( Cam Nabil cakap ).

Bagaimana pula jika kita ingin "refinance" rumah kita ?
MRTA is not transferable, no surrender value at the end of tenure and need to buy again everytime refinance.

Kenyataan diatas sangat jelas menyatakan Walaupun kita sudah mengambil polisi MRTA sebelum ini pun, jika kita hendak "refinance" balik rumah kita setelah 5 tahun or 10 tahun membayarnya ,kita DIMESTIKAN mengambil polisi MRTA yang BARU....

Jadi,bayangkan...ketika itu umur kita sudah meningkat..secara tidak langsung nilai polisi MRTA juga akan bertambah...TIDAKkah kita akan rugi dalam hal ini..?Bank langsung tidak akan memikirkan kesusahan kita ketika itu...hanya mereka fikirkan...
"Jika u hendak meminjam duit kami , u mesti mengambil MRTA sekali lagi ..yang BARU...bukan polisi MRTA yang lama.."


Disini kita boleh fikirkan bahawa :
1 PINJAMAN RUMAH 1 MRTA
Wah..!! cam 1 Malaysia pula... :)
Kita boleh fikirkan bahawa if kita hendak membeli banyak rumah,kita harus mengambil banyak polisi MRTA yang merugikan kita semua...

Jadi bagaimana...andakah kita semua sudah jelas mengenai MRTA?

Dari penerangan diatas ,mari kita sama-sama melihat rumusan mudah yang saya telah fikirkan.Cuba lihat graf yang saya letak dibawah ini:

MRTA2

MRTA1

Tadi secara ringkas,kita telah sama-sama mempelajari mengenai MRTA.Jadi, apa kata kalau kita sama-sama belajar mengenai alternatif untuk polisi insuran selain dari MRTA.

Apa itu MLTA / MLTT ?

MLTA : Mortgage Lending Term Assurance
MLTT : Mortgage Lending Term Takaful

Sebenarnya kedua-dua polisi diatas adalah SAMA kecuali ASSURANCE ini adalah lebih kepada Life Insurance ( Conservatif ) dan TAKAFUL pula adalah mempunyai ciri-ciri islamic.

Polisi ini adalah salah satu alternatif untuk mengantikan polisi MRTA.

Jadi, apakah kelebihan MLTA / MLTT untuk kita semua...?Adakah ia lebih bagus dari MRTA ..? Ataupun kita tidak memerlukannya sebagai alternatif...?

Seperti yang diperkatakan sekejap tadi , MLTA ataupun MLTT sebenarnya adalah polisi insuran nyawa / Takaful yang dikeluarkan oleh Institusi Insuran seperti AIA , Great Eastern , MAA Takaful , Takaful Malaysia , Takaful Ikhlas dan sebagainya.

Ia merupakan aplikasi dari polisi insuran yang kita ambil seperti Takafulink , Income Protection dan sebagainya.

Seperti yang kita sedia maklum,bayaran premium untuk polisi Takaful/Life Insuran adalah lebih sedikit nilainya berbanding premium bayaran MRTA..akan TETAPI setiap premium yang kita bayarkan itu sedikit demi sedikit akan menjadi simpanan masa tua kita,lebih kurang seakan-akan macam pasif simpanan,kita menjaga kepentingan kita dari jika berlaku sesuatu perkara yang tidak sepatutnya.

Selain itu,nilai jumlah perlindungan yang telah kita tetapkan tidak berkurangan sedikit pun mengikut tempoh pinjaman.

Seperti MRTA juga, jika berlaku kematian ataupun hilang daya upaya kekal ( TPD ),MLTT / MLTA akan menanggung jumlah baki pinjaman kita kepada bank dan yang menariknya , tidak seperti MRTA, MLTA/MLTT ini akan juga menjelaskan kesemua baki jumlah pinjaman kita kepada bank WALAUPUN kita menghidap penyakit kritikal( Tahap 3 ke atas ). TIDAKKAH itu membantu kita....??

Percaya atau tidak..?

OK.teruskan membaca.anda mungkin dapat jawapannya dihujung penulisan saya.

Dalam Takafulink ataupun Life Insurance,kita akan memilih rider/manfaat tambahan yang disediakan untuk dijadikan perlindungan tambahan selain daripada kematian dan Hilang daya upaya kekal ( TPD ) seperti Penyakit kritikal , Kematian akibat kemalangan, Elaun Hopital dan sebagainya.

Tetapi Awas!!!! Kita jangan tersalah memilih rider/manfaat tambahan yang tidak sepatutnya kerana ini akan mengurangkan nilai simpanan nanti.Oleh itu, kita kena tahu yang mana perlu dan yang mana tidak perlu..Itu nanti saya ceritakan ditopik lain.

Jadi, berbalik kepada MLTA /MLTT,disini kami beri contoh MLTA/MLTT :
Nilai Pinjaman = RM200k
Umur Peminjam = 30thn
Tempoh Pinjaman = 30thn
Bayaran Premium (tahunan) = RM1200/thn (paling minimum)
Kelebihan : Perlindungan untuk Kematian,Hilang upaya kekal , Benefit hospital , Pengecualian Bayaran , Penyakit Kritikal dan juga SIMPANAN.

ok mari kita tgk graf dibawah:

MLTA

MLTA1

MLTA2

Saya harap dengan penjelasan yang saya kongsi disini boleh dijadikan panduan untuk anda semua ketika membeli rumah nanti.Seperti yang kita selalu dengar,pelaburan rumah ini besar tetapi kalau kita pandai meniliknya ,kita pasti mendapat keuntungan berlipatkali ganda.

Kepada sesiapa yang masih tidak lagi memahami perbezaan dan kelebihan MLTA/MLTT dengan MRTA ,bolehlah menghubungi saya :
Najib ( T50133P ) : 0162085201
( najib.maatakaful@gmail.com)
| Helmi ( T50132X ) : 0192721772
( helmi.maatakaful@gmail.com)

Disini saya juga ingin kongsi bersama dengan anda semua ,aplikasi untuk pengiraan pinjaman ke SnP atau pun MRTA jika anda semua ingin memulakan hasrat untuk membeli rumah sendiri.
Mortgage Calculator

SnP/Loan Agreement Calculator

MRTA Calculator

Nanti saya akan kongsi bersama-sama tips untuk membeli rumah kali pertama.

TAKAFULINK



MAA Takafulink merupakan produk takaful berasaskan pelaburan yang menawarkan manfaat asas kematian dan hilang upaya kekal dan manfaat-manfaat tambahan lain disamping peserta berpeluang membuat pelaburan kewangan menerusi pelan ini di dalam dana-dana syariah MAA Takaful.
MAA Takafulink telah pun dua tahun berturut-turut memenangi anugerah Produk Takaful Paling Cemerlang 2009 dan 2010 sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur tahun 2009 dan 2010. Kemenangan adalah berdasarkan keunikan produk dan nilai pulangan keuntungan dari dana-dana syariah yang digunakan.


Akaun Peserta
Setiap peserta yang menyertai pelan MAA Takafulink akan mempunyai dua jenis akaun:

Akaun Pelaburan Peserta (PIA)Akaun ini juga dikenali sebagai akaun simpanan peserta di mana caruman yang dibayar oleh peserta akan dimasukkan ke dalam akaun ini selepas ditolak Yuran Wakalah. Yuran Wakalah dikenakan oleh pengendali takaful sebagai fee atau upah ejen peserta dalam menguruskan perniagaan takaful.

Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA)PRIA adalah dana risiko terkumpul di mana peserta membuat caruman berdasarkan tabarru’ (sumbangan) di mana manfaat kematian dan lain-lain manfaat yang dimiliki adalah berbayar dari dana akaun PRIA ini. Caj risiko bulanan atau tabarru’ ini dikenakan melalui PIA kepada PRIA.


Dana-dana Takafulink
Anda mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana dana diluluskan Syariah yang sesuai dengan toleransi perlaburan dan risiko anda.Ada 4 jenis dana yang diluluskan iaitu :

Dana MAA Takaful Shariah Growth - Menyediakan tambah nilai modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang menerusi perlaburan dalam portfolio ekuiti diluluskan Syariah yang pelbagai, dengan potensi pertumbuhan yang tinggi.Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi.

Dana MAA Takaful Shariah BalancedMenyediakan campuran seimbang antara pulangan pendapatan modal serta pengumpulan jangkamasa panjang bagi tempoh sederhana hingga panjang.
Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang sederhana hingga tinggi.


Dana MAA Takaful Shariah IncomeMenyediakan pendapatan stabil menerusi perlaburan dalam portfolio bon dan tunai setara diluluskan Syariah yang pelbagai.Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko rendah hingga sederhana.

Dana MAA Takaful Flexi Fund (BARU)Dana fleksibel yang diuruskan oleh pengurus dana professional. Pengurus dana akan membuat pelaburan di dalam dana-dana yang berpotensi mendatangkan keuntungan.Dana ini diuruskan oleh CIMB-Principal Islamic Asset Management, Pengurus Dana Kewangan Islam Terbaik 2009.

Dana-dana ini kesemuanya diuruskan oleh :
CIMB-PRINCIPAL ISLAMIC ASSET MANAGEMENT

Peruntukan Caruman Takafulink
Caruman yang dibayar adalah diperuntukkan berdasarkan kadar peruntukan berikut:

     (contoh diberi adalah berdasarkan caruman tahunan sebanyak RM1,000)
Caruman yang diperuntukkan akan digunakan untuk pembelian unit Dana Berkaitan Pelaburan MAA Shariah pilihan anda. Dalam contoh di atas, pada tahun ke-5, sebanyak RM850 digunakan untuk pembelian unit, yang mana beberapa unit tersebut akan dibatalkan untuk membiayai yuran dan caj bagi sijil tersebut. Sebahagian daripada caruman yang tidak diperuntukkan akan digunakan untuk membayar komisen agen.

PROTECT NOW !!!

Perunding Takaful Kami
Najib : 0162085201
( toman79@yahoo.com)

Helmi : 0192721772
( helmi.maatakaful@gmail.com)

Tawaran ISTIMEWA termasuk pemberian PERCUMA yang kami tawarkan adalah
bagi 200 ORANG TERAWAL sahaja.
Selepas itu, tawaran dan pemberian percuma akan ditamatkan seperti biasa.
Oleh itu, saya gesa kepada anda semua supaya mengisi borang disediakan dengan kadar segera sebelum terlambat.

Siapakah Yang Layak
Takafulink disediakan untuk SEMUA yang berusia antara 30 hari dan 69 tahun.
Walau bagaimanapun, para peserta mesti berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.

Caruman
Caruman minima adalah RM50 sebulan atau RM600 setahun. Tiada nilai maksima bagi sumbangan. Lagi tinggi sumbangan anda lagi tinggi nilai perlindungan yang akan anda perolehi.

Apakah Pilihan Yang Disediakan
Anda boleh memberhentikan caruman lazim anda dan masih menikmati perlindungan Takafulink, selagi nilai Akaun Perlaburan Peserta (PIA) untuk menyeleseaikan caj Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) mencukupi.
Anda boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak RM1000 dalam dana Akaun Perlaburan Peserta (PIA).
Selain itu, anda juga boleh menambah perlaburan anda pada bila-bila masa dengan bayaran minimum sekali gus sebanyak RM1000. 95% daripada Jumlah Penambahan Tak Lazim yang diperuntukan ditolak RM25 adalah disediakan untuk perlaburan dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA).

Apakah Manfaat/Rider Lanjutan Yang Boleh Disertakan
Terdapat rangkaian meluas bagi manfaat lanjutan untuk disertakan bersaman Takafulink. Sila rujuk kepada kami bagi maklumat lanjut.
* Special Contributor Benefits
* Critical Illness Super
* Critical Illness Plus
* Juvenil Critical Illness
* Improved Accident Indemnity
* Khusus Protection
* Ziarah Protection
* Waiver of Contribution on Dread Disease
* Wanita Illnesses Protection
* Wanita Maternity Protection
* Wanity Golden Protection
* Hospital &Surgical Benefit
* Hospital Benefit
* Smartmedic Riders

Lebihan Akaun Pelaburan Peserta (PRIA)
Sekiranya terdapat sebarang lebihan bersih di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA), nilai yang sama akan dikongsi oleh para peserta dan pengendali takaful mengikut nisbah 50:50.

Nilai Asas / Manfaat Asas
Apa yang menarik mengenai pelan ini ialah, anda boleh meletakkan berapa manfaat asas yang diperlukan dan kami akan memberikan sebut harga berdasarkan manfaat asas yang diinginkan. Manfaat asas di sini merujuk kepada manfaat kematian dan hilang upaya kekal.
Anda boleh meletakkan berapa sahaja nilai manfaat asas yang anda inginkan malah ia boleh mencecah jutaan ringgit.

PROTECT NOW !!!

Perunding Takaful Kami
Najib : 0162085201
( toman79@yahoo.com)

Helmi : 0192721772
( helmi.maatakaful@gmail.com)

Tawaran ISTIMEWA termasuk pemberian PERCUMA yang kami tawarkan adalah
bagi 200 ORANG TERAWAL sahaja.
Selepas itu, tawaran dan pemberian percuma akan ditamatkan seperti biasa.
Oleh itu, saya gesa kepada anda semua supaya mengisi borang disediakan dengan kadar segera sebelum terlambat.

PERTANYAAN/SEBUT HARGA SECARA PERCUMA




Nama *
Jantina *Lelaki
Wanita
Tarikh Lahir * Select Date
Pekerjaan *
No.Telefon *
E-mail Address: *
Merokok *Ya
Tidak
Pernah menghidap sebarang penyakit kritikal ( Jika ada , Nyatakan ) *
Jenis Pelan yang berminat
Bajet Premium Bulanan
Subject: *
Pertanyaan

* RequiredContact Forms For Your Site

SMART MEDIC


SMART MEDIC 100 ( SM 100) adalah satu Pelan Kad Kesihatan (medical card) yang di keluarkan oleh MAA Takaful Berhad.

Kad Perubatan Individul yang bertaraf VVIP ini disediakan adalah SEMATA-MATA untuk membantu anda ketika berada di Hospital Pakar mahupun Hospital Kerajaan dimana segala bayaran/bil/kos perubatan adalah PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya 100% oleh pihak MAA.

SMART MEDIC 100 ( SM100 ) ini direka khas untuk melindungi :
ANDA
ISTERI ANDA
ANAK- ANAK ANDA
IBU / BAPA ANDA

Bagaimana Smart Medic 100 membantu anda?
Menjamin perlindungan kewangan bagi pembiayaian bil-bil rawatan di hospital kerajaan mahupun swasta*
"Anda dan ahli keluarga akan berpeluang menjalani rawatan dengan tenang tanpa memikirkan pasal bayaran yang perlu dikeluarkan kerana Smart Medic 100 akan menguruskan segala pembayaran bil-bil perubatan sepenuhnya dengan bantuan percuma 24 jam."

Menawarkan khairat kematian bagi anda dan ahli keluarga anda.**
"Ahli keluarga anda akan menerima khairat kematian sebanyak RM5000 jika berlakunya kematian semua sebab.**"

Menyediakan elaun tunai bagi kemasukan di hospital kerajaan.*
"Berita baik untuk anda yang menjalani di hospital kerajaan kerana selain anda akan ditanggung sepenuhnya atas bil rawatan,anda juga akan mendapat imbuhan sehingga RM85 sehari selama 200 hari setahun !!!"
* tertakluk pada kelayakan dan faedah had pelan.(Rujuk pada gambar dibawah)
** Hanya kematian sebab bunuh diri sahaja selepas setahun mencarum.


Apa yang ISTIMEWAnya Smart Medic 100 untuk anda
Merupakan Kad Perubatan Tunggal ( Stand Alone Medical Card )
"Smart Medic 100 memberi peluang untuk anda dan keluarga anda menerima perlindungan kesihatan yang maksimum tanpa dibebani bayaran premium yang tidak munasabah.Dengan ada kelebihan ini,anda dapat mengunakan duit yang selebihnya untuk melabur di tempat yang memberi pulangan yang lebih."

Menawarkan wad ataupun bilik mewah di hospital*
"Dengan Smart Medic 100 ini , anda dan keluarga anda berpeluang untuk menginap dengan selesa di wad/bilik semahal RM450 sehari."

Menawarkan 4 Pelan yang terbaik untuk pilihan diri anda dan keluarga.*
"Demi memikirkan kemampuan anda dizaman ekonomi yang serba mencabar ini, Smart Medic 100 menawarkan 4 pelan yang terbaik untuk diri anda dan keluarga anda membuat pilihan mengikut kesesuaian dengan kemampuan anda untuk memberi perlindungan maksimum dan komprehensif kepada anda dan keluarga anda."

Menyediakan perlindungan diseluruh dunia.
"Selain perlindungan di Malaysia , anda dan keluarga anda ditawarkan ketenangan dalam menjalani pelancongan di luar negara kerana anda dan keluarga dilindungi oleh Smart Medic 100 di mana-mana sahaja di serata dunia."
- Program Bantuan Perubatan Antarabangsa
- Bantuan Perjalanan**
- Bantuan Kereta **
- Bantuan Kediaman **

Pelepasan Cukai Tahunan
"Anda diberi pelepasan cukai sehingga RM3000 setahun dengan hanya memiliki Kad Perubatan Smart Medic 100."

Panel Hospital Yang Terbaik Di Seluruh Negara
"Demi memberi keselesaan kepada anda dan ahli keluarga anda , Smart Medic 100 mempunyai panel-panel hospital yang terbaik di seluruh negara hanya untuk anda dan keluarga anda."

Menawarkan perkhidmatan menaiktaraf Bayaran Bersama Bilik dan Makan
"Anda diberi peluang untuk menaiktaraf kadar bayaran Bilik dan Makan yang lebih tinggi daripada manfaat yang anda layak kerana Smart Medic 100 memberi peluang demi keselesaan diri anda dan ahli keluarga anda dalam menjalani rawatan hospital."

Segala Pembaharuan Polisi dijamin
"Kad perubatan ini dijamin pembaharuannya setiap tahun. Boleh digunakan sehingga umur 80 tahun."

Smart Medic 100 adalah produk Maa Takaful
"Maa Takaful telah menerima anugerah takaful terbaik 2 kali berturut-turut 2009 - 2010 .Ini menunjukkan produk ini disediakan oleh syarikat yang mempunyai reputasi, amalan,layanan dan perkhidmatan yang terbaik berbanding yang lain."
* Tertakluk pada kelayakan dan faedah had pelan.(Rujuk pada gambar dibawah)
** Khidmat Rujukan sahaja.



P.S : SM100 boleh di ambil oleh pelanggan dalam bentuk 'stand alone' atau di jadikan sebagai riders dalam Produk MAA Takafulink (MTL) atau MAA Takaful Education (MTEDU)

PROTECT NOW !!!

Perunding Takaful Kami
Najib : 0162085201
( najib.maatakaful@gmail.com )

Helmi : 0192721772
( helmi.maatakaful@gmail.com)

Tawaran ISTIMEWA termasuk pemberian PERCUMA yang kami tawarkan adalah
bagi 200 ORANG TERAWAL sahaja.
Selepas itu, tawaran dan pemberian percuma akan ditamatkan seperti biasa.
Oleh itu, saya gesa kepada anda semua supaya mengisi borang disediakan dengan kadar segera sebelum terlambat.

Di sini ,Kami juga lampirkan manfaat-manfaat Kad Perubatan VVIP kami ,iaitu Smart Medic 100 untuk rujukan pihak anda.

JADUAL MANFAAT MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100 :
 
                                                                              ( Klik di image untuk besarkan image )

Jadual Premium setahun Kad Perubatan VVIP kami , SMART MEDIC 100 :
 
                                                                                            Nilai sumbangan tahunan


PROTECT NOW !!!
Perunding Takaful Kami
Najib : 0162085201
( toman79@yahoo.com)
Helmi : 0192721772
( helmi.maatakaful@gmail.com)

Tawaran ISTIMEWA termasuk pemberian PERCUMA yang kami tawarkan adalah
bagi 200 ORANG TERAWAL sahaja.
Selepas itu, tawaran dan pemberian percuma akan ditamatkan seperti biasa.
Oleh itu, saya gesa kepada anda semua supaya mengisi borang disediakan dengan kadar segera sebelum terlambat.

PERTANYAAN@SEBUT HARGA SECARA PERCUMA